Majlis Syura Muslimin Indonesia

Partai Masyumi
Partai Majlis Syura Muslimin Indonesia
SingkatanMasyumi
PengerusiSoekiman Wirjosandjojo (pertama)
Mohammad Natsir
Prawoto Mangkusasmito (terakhir)
Ditubuhkan24 Oktober 1943 (pertubuhan)
8 November 1945 (parti)
Dibubarkan17 Ogos 1960
GabunganMuhammadiyah
Persatuan Islam
Nahdlatul Ulama
Didahului olehMajlis Islam A'la Indonesia
Digantikan olehKeluarga Bulan Bintang (kemudian menjadi Partai Bulan Bintang)
Ibu pejabatJakarta, Indonesia
AkhbarAbadi
Keanggotaan (1950)10 juta [1]
IdeologiPan-Islamisme
AgamaIslam Sunni
Politik Indonesia
Parti politik
Pilihan raya

Parti Majlis Syura Muslimin Indonesia atau Masyumi ialah sebuah parti politik yang diasaskan pada 7 November 1945 di Yogyakarta, susulan daripada Kongres Umat Islam yang diadakan pada 7-8 November 1945. Tujuannya ialah untuk mewujudkan sebuah parti politik yang dimiliki oleh para umat Islam dan yang merupakan penyatu umat Islam dalam bidang politik.

Masyumi akhirnya dibubarkan oleh Presiden Sukarno pada tahun 1960 kerana tokoh-tokohnya dicurigai terlibat dalam pemberontakan Pemerintahan Revolusi Republik Indonesia (PRRI). Pada masa pemerintahannya, Suharto sanggup memulihkan sebahagian Masyumi, dengan beberapa tokohnya dibenarkan aktif semula dalam bidang politik. Mereka itu kemudian meleburkan diri ke dalam Parti Persatuan Pembangunan (PPP).


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search